
gembira hati bila diterima,
kongsi kasih pada yang mahu,
aku mencari sebuah ikatan,
tulus ikhlas kasih tercurah.
tidak akan aku bezakan,
disini aku mendapat sebuah cinta,cinta dan kasih keluarga,
ringan rasanya hati,
yang sebelum ini kacau,
bila kasih bercampur budi,
hilang semua keluh kesah,
abadi sebuah rasa keluarga.
masa berlalu gundah,segala rindu bertamu di hati,
bila pergi jauh kembali,
hati pedih,
jiwa kosong,
kasih hilang,
yang ada cuma kenangan,
tak akan ku lupa,
kisah aku di Tawau,
datang hanya sementara,
perginya meninggalkan bekas,
yang tak mungkin akan padam.
akan aku kembali,mencari ketenangan diri,
hanya satu sahaja ku cari,
pasti di Tawau nanti.
No comments:
Post a Comment