SEMURNI KASIH UMMI
EPISOD 3:
‘PENDERAAN’
AUNIISMAIL
Sinopsis
Isma seorang gadis
malang yang kematian bapanya atas perbuatan ibunya sendiri yang mempunyai
lelaki lain bernama Azroy. Dia merupakan anak tunggal. Setelah bapanya meninggal kehidupan Isma
berubah menjadi sunyi. Hal ini kerana ibunya sering bekerja. Tibalah satu masa
dimana Azroy iaitu kekasih ibunya Rosnah tinggal dirumah tersebut. Sejak itu
Isma sering didera malah dirogol oleh Azroy . Perbuatan Azroy tidak diketahui
Rosnah. Lebih malang lagi apabila Rosnah mati akibat dipukul oleh Azrpy sendiri
kera perbuatan Azroy sudah diketahui Rosnah. Akhir sekali Isma telah dihantar
ke Semurni Kasih Ummi.
Watak
Isma
Rosnah
– ibu Isma
Azroy
– kekasih Rosnah
Mak
semah
Tiara
– kawan Isma
Penduduk
kampung
polis
FADE
IN:
EXT. LUAR RUMAH - PETANG
Kelihatan beberapa orang
penduduk kampung sedang mengangkat sebuah keranda.
Isma kelihatan sedang
menangis dan tidak bermaya.
Mak semah datang
menghampiri Isma
MAK SEMAH
(menggeleng kepala)
Jangan
lah kamu tangisi pemergian ayahmu. Allah lebih menyayangi dia.
Isma mendiamkan diri.
Rosnah muncul dari pintu
rumahnya.
ROSNAH
(memandang sinis)
Tak
payah lah dikenangkan orang yang dah tak ada itu Isma. Ibu lebih sedih kalau
nak dibandingkan dengan kau. Dah memang ajal dia.
ISMA
(Marah)
Ayah
pergi kerana mak! Mak yang bunuh Ayah. Mak bawa....panggg
Isma ditampar oleh Rosnah.
Kelihatan Isma yang
menangis dan tidak berpuas hati.
Isma bangkit dan cuba
mendekati ibunya.
Mak semah memegang Isma.
MAK SEMAH
Sudah.
Sudah. Kenapa kau tampar anak kau macam ni Ros? Suami kau baru saja meninggal.
Apa nak jadi kamu anak beranak ni.
Isma menangis dan masuk
kedalam rumah.
Rosnah dan Mak Semah
memandang Isma.
Rosnah masuk meninggalkan
Mak Semah.
EXT. RUANG MAKAN
Keluar Isma berpakaian
sekolah.
Wajahnya kelihatan murung.
Isma menarik kerusi dan
duduk. Kemudian Isma segera mengambil cawan dan menuangkan air.
Masuk Rosnah membawa kuih
dan meletakkannya di atas meja.
Rosnak menarik kerusi dan
duduk.
ROSNAH
Hari
ni ibu balik lewat sikit. Ada banyak kerja yang ibu kena buat di pejabat.
Isma menolak kerusi dan
bangun.
Isma mengambil beg.
ISMA
(menjeling)
Isma
pergi dulu.
ROSNAH
(merungut)
Perangai
tak ubah macam ayah kau. Degil. Kalau dilayan anak aku sorang ni sampai bila
kerja aku tak siap. Huh.
Mencapai telefon bimbit
yang berda diatas meja.
ROSNAH
(menelefon)
Hello.Roy.
Malam ni jadi tak?ok. Ros tungu roy di tempat biasa. Jangan lambat. Nanti penat
Ros tunggu.ok bye.
(tersenyum)
Rosnah menolak kerusi dan
bangun.
INT.
DALAM BILIK – MALAM
Isma memegang satu gambar.
Isma menangis. Wajahnya
sayu.
Meletakkan gambar diatas
katil
Isma keluar dan menuju ke
ruang tamu.
Melihat sekeliling.
Duduk diatas sebuah kerusi.
Isma tertidur.
Kedengaran bunyi enjin
kereta. Kemudian Isma tersedar dan menuju ke pintu.
Isma membuka pintu.
Kelihatan ibunya bersama seorang lelaki berpimpin tangan menuju ke rumah.
ROSNAH
Marilah
masuk. Ini lah rumah Ros. Ini anak Ros, Isma.
AZROY
(TERSENYUM SINIS)
Cantik.
(memandang Isma dari atas ke bawah lalu
tersenyum)
Rosnah dan Azroy menuju ke
sebuah kerusi.
Isma masih berdiri di pintu
memerhatikan gelagat ibu dan juga teman lelakinya.
ROSNAH
(TENGKING)
Isma!
Apa yang kau tercegat kat pintu tu. Pergi ambil kan aku air. Huh. Pemalas!
Isma menuju ke dapur sambil
memandang tepat kearah lelaki tersebut.
Ibunya asyik bergurau senda
bersama Roy.
Isma keluar membawa dua
gelas air lalu meletakkan air tersebut di atas meja.
Isma menuju ke bilik sambil
Azroy yang sedang memerhatikannya.
INT.
DALAM RUMAH – PAGI
Isma keluar dari biliknya.
Berpakaian sekolah.
Memandang sekeliling.
Menuju ke dapur.
Kelihatan Azroy sedang
minum.
ISMA
(terkejut)
Mana
ibu? Kenapa kau ada di sini lagi.
Azroy meletakkan
minumannay. Azroy mendekati Isma.
Isma ketakutan. Wajahnya
menjadi pucat.
Azroy Memegang dagu Isma.
AZROY
(KETAWA)
Kau
takut? Mari sini biar abang redakan. Jangan risau ibu kau tak ada di rumah. Dia
sudah pergi kerja pun. Mulai sekarang aku yang akan jaga kau. Jadi kau kena
dengar cakap aku. Faham?
(cuba memegang Isma)
ISMA
Jangan
kau berani sentuh aku. Nanti aku akan beritahu ibu perbuatan kau terhadap aku.
AZROY
(KETAWA)
Ibu?
Dia lebih mempercayai aku daripada kau. Jadi, jangan cuba berani buat benda
yang aku tidak suka. Faham.
Isma ketakutan.
Menolak tangan Azroy
kemudian melarikan diri.
EXT.
DALAM KELAS. PAGI.
Loceng berbunyi. Kelihatan
semua pelajar keluar dari kelas.
Tinggal Isma duduk seorang
diri.
Tiara muncul di hadapan
pintu. Memandang Isma yang sedang termenung.
Tiara menghampiri Isma.
Tiara menarik kerusi lalu duduk. Menghulurkan sebungkus nasi.
TIARA
Isma.
Ambil ni. Aku belikan kau di kantin tadi. Makanlah. Aku tahu kau mesti lapar
kan.
(sambil membuka bungkusan nasi tadi)
Sudahlah
tu Isma. Ayah kau sudah lama meninggal. Janganlah kau bersedih begini.
ISMA
(MENGELUH)
Bukan
itu masalah aku Tiara. Aku tertekan dengan sikap ibu aku. Susah lah Tiara aku
nak ceritakan. Malu aku.
(menangis)
TIARA
Apa
yang sedang berlau Isma. Ceritalah kat aku. Aku kan kawan kau sejak kita
dibangku sekolah rendah lagi. Kau tak percayakan aku?
ISMA
(Bangun dari kerusi)
Ibu
aku bawa lelaki lain masuk kerumah Tiara. Apa yang aku perlu buat. Perlu ke aku
jadi anak yang derhaka yang cuba untuk melawan ibunya sendiri. Aku buntu.
TIARA
Maafkan
aku Isma. Aku tak tahu masalah kau seteruk ini. Kalau dalam hal ini memeng aku
tak dapat nak bantu kau.
ISMA
Aku
tahu. Aku tak ada pilihan melainkan aku terus tinggal bersama lelaki tak guna itu.
Isma berlari keluar dan
meninggalkan Tiara yang kebingungan.
INT. DALAM RUMAH – PETANG
Azroy keluar dari biliknya
lalu menuju ke meja makan.
Azroy membuka tudung saji.
Keelihatan sebiji pinggan
kosong,
Azroy menghempas meja
tersebut
AZROY
(MARAH)
Mana
makanan aku! Budah bodoh ni memang nak kena dengan aku!
Azroy menuju ke bilik Isma.
Menolak pintu. Isma yang
sedang tidur terkejut dengan tindakan Azroy.
Isma menarik selimut
menutup badannya.
AZROY
Ooo..jadi
inilah kerja kau. Tidur. Bagus! Bagus! Mane makanan aku bodoh!
(menuju ke Isma lalu menarik selimut
Isma. Menarik tangan Isma. Membuka tali pinggang lalu memukul Isma)
Isma menjerit kesakitan.
ISMA
(MENJERIT)
Sakit!
Sakit! Ibu!
Azroy menolak Isma ke atas
katil. Cuba untuk merogol Isma.
Kedengaran bunyi enjin
kereta.
Azroy segera memberhentikan
tindakannya terhadap Isma.
Segera memasang semula tali
pinggangnya.
AZROY
(KELAM KABUT)
Jangan
kau cuba beritahu hal ini. Jika tidak aku bunuh ibu kau.
Azroy menuju ke pintu lalu
membukanya.
Kelihatan Rosnah yang
sedang berjalan menuju ke arah Azroy.
AZROY
(SENYUM)
Eh,
awal Ros pulang hari ini. Rindu kat abang ke.
ROSNAH
(Membuka kasutnya lalu menuju kedalam)
Ros
balik awal sebab bos Ros bagi balik awal hari ni. Eh, mane Isma? Senyap je.
AZROY
Ada
kat dalam bilik tu. Balik je sekolah dia terus masuk bilik. Penat sangat la tu
agaknya. Jadi abang pun malas la nak ganggu. Yang penting sekarang ni Ros dah
balik. Jadi, bolehlah masakkan untuk abang yang sedap-sedap.
ROSNAH
Iya
lah. Tungu ye sayang.
Rosnah menuju ke dapur.
Azroy duduk diatas kerusi sambil membuka
televisyen.
Isma keluar dari biliknya.
Isma menuju ke dapur.
Membuka peti sejuk dan mengambil minuman.
ROSNAH
EH,
Isma. Sini bantu ibu.
(Isma berwajah pucat dan terdapat lebam
ditangannya sebelah kiri. Isma menuju ke ibunya.)
(terkejut)
(Mengambil tangan Isma. Isma cemas)
Kenapa
dengan tangan kau ni Isma. Lebam.
ISMA
(TERGAGAP-GAGAP)
Em..Isma..Isma
terjatuh tadi ibu. Tak ada apa-apalah. Sikit je ni. Tak lama lagi elok lah ni.
(menarik tangannya semula)
Muncul Azroy.
AZROY
(mencelah)
Biasalah
budak-budak remaja sekarang tak reti duduk diam. Tambah lagi yang sebesar Isma
ni.
Isma hanya mendiamkan diri.
INT.
DALAM RUMAH – MALAM
Isma duduk di atas sofa
sambil menonton televisyen.
Kedengaran bunyi motosikal
milik Azroy diluar.
Isma segera bangun dan
menuju ke bilik.
Isma mengunci pintu bilik.
AZROY
(MENJERIT)
Isma!
Isma! Isma!
Isma hanya mendiamkan diri,
Wajahnya penuh dengan
ketakutan.
Azroy menuju ke bilik Isma
kemudian terus menendang pintu.
Pintu terbuka dan terdapat
Isma yang sedang ketakutan sambil menutup badannya dengan selimut.
ISMA
(MERAYU)
Jangan,
pergi kau dari sini. Ibu!ibu!
Azroy mendekati Isma dan
menarik selimut yang dipakai Isma.
Isma cuba untuk melepaskan
diri namun ditangkap semula Azroy.
AZROY
Kau
nak pergi mana ha? Mari sini.
(menarik baju Isma. Dan meratah tubuh
Isma)
Kelihatan Azroy
membetul-betulkan seluarnya.
Isma duduk di atas katil
sambil menutup tubuhnya dengan selimut.
Isma menangis.
Azroy memakai bajunya.
AZROY
Jangan
kau beritahu sesiapa tentang perkara ini. Kalau tidak aku akan akan bunuh ibu
kau yang bodoh tu.
(ketawa)
Azroy keluar dari bilik
meninggalkan Isma yang sedang menangis.
EXT.
LUAR RUMAH – PETANG
Isma duduk di sebuah kerusi
di halaman rumahnya.
Isma duduk termenung.
Mak semah memerhatikan Isma
dari jauh.
Mak semah menuju ke Isma.
Mak semah memegang bahu
Isma kemudian duduk bersebelahan Isma.
Isma terkejut dengan
kehadiran Mak Semah.
Isma membetulkan wajahnya
yang kusut Itu.
Mak Semah
Isma,
sejak kebelakangan ni Mak Semah tengok Isma muram je. Tak seronok macam dulu.
Rumah
Mak Semah pun jarang Isma datang dah. Tengok ni, duduk termenung sampai Mak
semah datang pun Isma tak perasan.
ISMA
(MENGELUH)
Mak
Semah pun tahu kan. Isma ni anak tunggal. Dulu masa ayah ada dialah yang jadi
teman Isma. Bila dia tak ada Isma rasa sunyi sangat. Ibu pun jarang ada rumah.
Mak Semah
(Membetulkan arah duduknya)
Mak
Semah faham. Mak Semah kan ada.
ISMA
(MENANGIS)
Mak
Semah. Isma rindukan ayah. Isma rindukan kehidupan yang dulu.
Isma
tak sanggup hidup macam ni.
(terus memeluk Mak Semah)
EXT.
DALAM RUMAH – PETANG
Isma sedang membuat air
Muncul Azroy dari belakang.
AZROY
(BERTERIAK)
Hoi
budak! Ko buat apa yang lama sangat tu ha. Ko ni memang buat aku naik angin je
kan. Lembab.
Azroy menarik rambut Isma.
Isma yang sedang memegang
jag air berisi air panas terlepas dari
tangannya.
Sebahagian air panas tadi
tertumpah atas kakinya.
Azroy menarik Isma ke
depan.
Azroy memukul dan menendang
Isma.
Isma menjerit kesakitan.
Azroy keluar.
Hanya kedengaran tangisan
Isma.
INT.
DALAM RUMAH – MALAM
Bunyi kereta di luar rumah.
Isma segera keluar dari
biliknya bagi mendapatkan ibunya.
Isma menuju ke pintu.
Isma membuka pintu.
Kelihatan ibunya bersama
dengan Azroy.
Azroy memandang ke arah
Isma.
ROSNAH
(SENYUM)
Eh,
Isma. Kamu belum tidur lagi.
Rosnah dan azroy masuk ke
dalam.
Isma menutup Pintu.
Rosnah menuju ke dapur
sambil di ikuti oleh Isma.
Rosnah membuka peti sejuk
dan mengambil minuman.
Isma menarik kerusi dan
duduk.
ISMA
Ibu.
Ada sesuatu yang Isma mahu cakapkan pada ibu.
ROSNAH
Cakaplah.
Ada apa.
ISMA
Ibu.....Isma....
Muncul Azroy secara
tiba-tiba.
AZROY
Ros,
esok apa kata Ros amik cuti. Esok kan hari minggu. Kita pergi jalan-jalan. Bawa Isma skali.
Kesian Isma duduk rumah. Mesti dia suka. Kan Isma?
(senyum)
Azroy memandang kearah
Isma.
ROSNAH
(SETUJU)
Bagus
juga idea tu. Lagi pun bila lagi Isma mahu rapat-rapat sama bakal ayahnya kan.
Esok kita pergi berkelah di pantai.
Isma bangun dari kerusinya
dan berlari menuju ke biliknya.
Rosnah dan azroy
memandang Isma.
AZROY
(KECEWA)
Hmm..dia
memang bencikan abang. Sehinggakan pandang wajah abang pun dia tidak mahu.
ROSNAH
(Menuju pada roy dan memeluk Roy dari
belakang)
Janganlah
kamu terasa dengan perangai Isma tu. Dia belum dapat terima kehadiran kamu di
sini lagi. Ros kan ada.
Azroy dan Rosnah bangkit
dan menuju ke bilik.
INT.
DALAM RUMAH – PAGI
Isma keluar menuju ke
dapur. Isma terkejut.
Kelihatan Azroy sedang
duduk di kerusi sambil memerhatikan Isma.
Isma menuang air masak ke
dalam gelas.
AZROY
Oi
budak. Ooo berani kau nk ckp sama ibu kesayangan tu ko pasal aku semalam ye. Ko
inagat aku tak tahu.
(bangun dari kerusi dan menendang
kerusi. Menuju ke arah Isma dan mengambil gelas yang dipegang Isma)
Ko
nak minum ye. Nah amik ko minum.
(menuangkan air tadi di atas kepala
Isma)
Isma hanya terdiam kaku dan
menggigil ketakutan.
Azroy mencampakkan gelas
tadi ke lantai lalu memukul Isma.
Isma terjatuh terkena
serpihan-serpihan kaca.
Tangan Isma berdarah.
Azroy meninggalkan Isma.
INT. DALAM BILIK -
MALAM
Isma lengkap bertelekung
berdoa.
ISMA
(menadah tangan)
Yaallah,
aku terima dengan segala ujian yang telah engkau berikan padaku yaallah. Aku
sabar menghadapi segala rintangan mu ini yaallah. Sesungguhnya pada mu aku
bermohon. Kau lindungilah ibuku dari azroy yaallah. Jauhkanlah azroy supya dia
tidak menjadi sebahagian dari keluargaku.hanya padamu tempat ku mengadu. Amin
Isma menanggalkan
telekungnya.
Membuka laci lalu mengambil
albumnya.
Dia duduk di katil dan
membuka album tersebut.
Isma menangis. Dia
mengambil gambar ayahnya lalu mencium gambar tersebut.
Pintu diketuk. Kedengaran
suara ibunya.
Isma bangun lantas membuka
pintu.
Ibunya masuk.
IBU
Maaf,
ibu ganggu Isma malam-malam ni. Ada beberapa perkara yang ibu nak bincangkan.
Ibu harap isma dapat terima. Sebab ni semua kebahagiaan ibu. Ibu akan berkahwin
dengan Azroy. Lagipun dia memang da macam ahli keluarga kita kan.selalu tinggal
disini. Jadi ibu harap Isma dapat terima. Ini keputusan ibu.
ISMA
Ibu.
Ibu tahu kan kenapa ayah mati. Ayah sakit jantung lepas dia tahu ibu ada
hubungan dengan lelaki tu. Ibu langsung tak rasa bersalah?kenapa ibu sanggup
buat semua ni?
ROSNAH
Ibu
fikir,bila ibu datang sini kita boleh damaikan keluarga kita. Tapi kamu makin
merenggangkannya. Tapi ibu tetap dengan keputusan ibu.
ISMA
(merayu)
Ibu,,
tolong la..lelaki tu bukan lelaki yang baik.
Rosnah bangun dan terus
keluar.
Isma menangis.
INT.
DALAM RUMAH. PAGI
Rosnah lengkap berpakaian
kerjanya.
Isma keluar dari biliknya.
Rosnah duduk di kerusi
sambil menghirup air teh.
Isma menuju ke meja makan.
Isma menarik kerusi lalu duduk.
Isma memandang ibunya.
ROSNAH
Ibu
ada buat nasi goreng tu. Nanti kamu hidangkan untuk roy.
ISMA
Ibu,
tak payah la ibu kerja hari ini. Isma takut tinggal seorang diri. Lagipun isma
rasa kurang sihat.
Rosnah bangun dari kerusi kemudian mengambil beg dan kunci
kereta.
Isma hanya memerhati.
ROSNAH
Azroy
kan ada. Dah la, Ibu mahu pergi kerja ni.jangan lupa pesan ibu tadi.
Rosnah keluar.
Isma mengekori ibunya
sehingga ke pintu.
AZROY
BODOH!
Isma terkejut
Isma memandang ke belakang
Kelihatan Azroy yang berkain
pelikat berdiri di belakangnya.
Isma hanya tertunduk
ketakutan.
Azroy menghampiri lalu
memegang lengan Isma dan menarik Isma.
EXT.
DALAM KERETA – PAGI
Rosnah teringat akan
telefon bimbitnya.
Rosnah tercari-cari.
Rosnah memberhentikan
kereta.
Rosnah teringat akan
telefon bimbitnya yang tertinggal di rumah.
ROSNAH
Aduh...Tertinggal
pulak...
Rosnah memusingkan kereta.
Sampai sudah di rumah.
EXT.
DALAM BILIK – PAGI
Azroy memukul Isma.
Azroy menanggalkan baju
Isma.
Isma menjerit.
AZROY
Ko
jangan salahkan aku. Ibu kau yang bersalah. Dia yang mempercayai aku.
Bodoh!
(ketawa)
Rosnah masuk. Dia terdengar
bunyi bising. Perlahan-lahan dia menghampiri bilik Isma.
Dia mencuri dengar.
AZROY
Ko
tahu kenapa aku nak dengan ibu ko yang bodoh tu? Sebab aku boleh dapat duit
dari dia. Aku tak sayang dia pun. Dia yang cari aku. Memang dasar perempuan
murah.
(ketawa)
Azroy membuka bajunya.
Dia menerkam Isma .
Isma berada diatas katil.
Rosnah masuk.
Azroy terkejut.
ROSNAH
(TERKEJUT)
YAALLAH,
Isma, apa yang kau da buat pada anak aku selama ini ha?
Kau
memang lelaki binatang. Sanggup kau tipu aku setelah ak mempercayai sepenuhnya
terhadap kau. Aku akan telefon polis.
(cuba mendapatkan telefon bimbit)
Azroy gelisah.
Azroy mengambil pasu bunga
yang berdekatan.
Azroy menghampiri Rosnah.
Azroy mengetuk kepala
Rosnah menggunakan pasu.
Rosnah jatuh ke lantai.
Azroy mencampakkan pasu
tersebut.
Azroy melarikan diri.
Isma keluar dan mendapatkan
ibunya.
Rosnah berlumuran darah.
Isma menjerit
Kelihatan beberapa orang
polis dan penduduk kampung.
No comments:
Post a Comment