Pages

Monday, November 21, 2011

KERANA DIA

kerana dia
kata terikat
jiwa terjerat
sakit melarat

kerana dia
kaku bercakap
segala tak terucap

kerana dia
semua terlelap
takut menghadap
bingung sekejap
keliru dalam gelap
memang kita terperangkap
dalam bait kata DIA yang cukup lengkap.

Thursday, November 17, 2011

DEDIKASI UNTUK KELUARGA ANGKAT (TAWAU)

DATANG HANYA SEMENTARA

gembira hati  bila diterima,
kongsi kasih pada yang mahu,
aku mencari sebuah ikatan, 
tulus ikhlas kasih tercurah.


tidak akan aku bezakan,                                  
disini aku mendapat sebuah cinta,
cinta dan kasih keluarga,
ringan rasanya hati,
yang sebelum ini kacau,
bila kasih bercampur budi,
hilang semua keluh kesah,
abadi sebuah rasa keluarga.


masa berlalu gundah,
segala rindu bertamu di hati,
bila pergi jauh kembali,
hati pedih,
jiwa kosong,
kasih hilang, 
yang ada cuma kenangan,
tak akan ku lupa,
kisah aku di Tawau,
datang hanya sementara,
perginya meninggalkan bekas,
yang tak mungkin akan padam.


akan aku kembali,
mencari ketenangan diri, 
hanya satu sahaja ku cari,            
pasti di Tawau nanti.

Monday, November 7, 2011

raya haji 2011

Raya haji yang ku nanti
berakhir sepi
seorang diri aku di sini
punya teman aku kehilangan
punya kasih seperti tiada
menangis aku di malam raya
bukan kerana gembira
tapi kerana kekosongan
mula terkenang keluarga
tiada erti raya
duduk aku keseorangan
terik rasa hati
sedih pada diri sendiri.