Aku belek sebuah buku 'memori semalam' yang aku cipta khas untuk dirinya yang telah pergi dua tahun yang lepas. Dengan linangan air mata ku titirkan sebuah kisah yang singkat tetapi penuh dengan duka.
Perjalanan dari Tanah Merah, Kelantan ke Tampin mengambil masa hampir sembilan jam di atas sebuah kereta api memang memenatkan. Namun kehadiran seorang jejaka menjadikan perjalananku semakin singkat dan penuh keriangan.
Pada awal perjalananku memang membosankan. Tiada teman untuk aku berbual berbicara. Ibu yang duduk di sebelahku tidur kepenatan. Sukar untuk aku melelapkan mata. Tanpa aku sedari lirikan mata seseorang dicelah-celah kerusi menganggu kebosanan aku. Seorang jejaka yang duduk du hadapanku serimg menoleh dan memandangku. Kelakar juga melihat gelagatnya pada masa itu. Tetapi cara dia melihat aku seakan-akan kami sudah lama memgenali antra satu sama lain. Entah kenapa seperti ada sesuatu di sebalik lirikan matanya. Kami hanya berbalas pandangan sahaja tanpa sepatah pun kata. Mungkin dia takut untuk berbicara denganku.
Namun suasana mula berubah apabila dia menghulurkan secebis kertas surat khabar berisi nombor telefonnya 'Hakimi 0177239564'. pada mulanya aku menolak kerana memikirkan sifat lelaki yang sememangnya gemar suka-suka. Aku menghulurkan semula cebisan kertas itu dengan menulis 'tak nak'. Dia menghulukan semula kertas tersebut.
“ awak ambil lah. Tak rugi apa-apa pun kalau awak ambil.kalau awak sudi berkenalan dengan saya simpan nombor ni. Kalau tak sudi buang saja tapi jangan dekat sini. Saya ikhlas nak berkawan dengan awak”
Aku berasa bersalah dengan kata-kata tersebut. Aku memikirkan semula mengapa aku perlu jul mahal, sedangkan ia hanyalah cebisan kertas dan pada bila-bila masa sahaja aku boleh membuangnya..aku mengambik semula kertas tersebut.
Kemudian dalam suasana yang sepi dia mula untuk cuba mendekatiku dengan lebih dekat. Dia meminta nombor telefonku. Namun dalam fikiran aku sudah kebiasaannya lelaki meminta nombor telefon perempuan dan hanya sekadar main-main. Namun tingkah laku dia yang tidak jemu-jemu meminta membuatku serba salah. Namun tidak semudah aku memberi. Aku sememangnya tidak gemar untuk berkawan dengan lelaki.
Perjalananku semakin menghampiri destinasi. Aku kasihan melihat dia yang terlalu meginginkan nombor telefonku. Hati aku tiba-tiba terbuka kera melihat keikhlasan dirinya itu. Akhirnya sepuluh minit sebelum aku tiba ke destinasi aku menghulurkan no telefonku. Jelas terpancar kegembiraan di wajahnya.
Setibanya di rumah wajahnya sering bermain di fikiran aku. Aku sering teringatkan dia malah menantikan panggilan dan mesej daripadanya. Aku tidak lah seperti ini sebelum ini. Namun dengan dia sungguh berbeza seperti ada sesuatu yang menarik dan menyuruh supaya aku mengenalinya dengan lebih dekat.
Keesokan harinya, aku menerima panggilan telefon daripadanya. Bermulalah perkenalan hakiki antara kami. Setelah beberapa lamanya dia meluahkan perasaannya terhadapku. Dia sangat berharap supaya aku menjadi teman wanitanya. Aku hanya menganggap dia sebagai sahabatku sahaja. Keputusan aku sangat mengecewakan dia. Aku berasa serba salah kerana niatnya yang suci itu aku taburkan dengan pelbagai limpahan kata yang sememangnya mengecewakan hatinya.
Ungkapan sahabat keluar di bibirku. Dengan keputusan yang aku beri dia mula merajuki diri. Sememangnya menguji perasaanku. Aku mula memberikan sedikit harapan kepadanya.
“Saya akan memberi jawapan selepas saya tamat menduduki STPM nanti. Saya harap awak boleh terima dengan segala jawapan yang akan saya beri nanti” Dia terima dan akan menunggu jawapanku. Perangainya yang beria-ia membuatkan aku tertanya-tanya.
Ketika hari jadinya perangainya sungguh pelik. Dia sering mengungkapkan kata yang berbaur cinta dan kematian. Setiap masa nya dia habiskan untuk aku seolah-olah tiada masa untuknya lagi. Dia sering menasihati aku supaya menunaikan solat, hormat ibu bapa. Tepat jam 12:00 malam dia menelefonku. Dia banyak meluahkan perasaanya kepada aku. Ada yang sedih, suka, kecewa. Dia menceritakan segalanya padaku. Dia sudah pun bertunag sebelum ini. Namun pertunangannya itu diputuskan kerana tidak direstui. Aku berasa sungguh sedih namun kesedihan itu diubat oleh dia apabila dia menyanyikan lagu yang dicipta sendiri olehnya kepada aku. 'lagu untukku' sentiasa di ingatan ku.
Selang beberapa hari dia mula menunjukkan perangai peliknya semula. Namun pada fikiranku mungkin dia sengaja supaya aku tahu betapa dia sangat menyayangi aku. Dia juga menyatakan keinginannya untuk berjukpa denganku.
Hari jadi ibuku hampir tiba iaitu pada 5 november . Aku mendaftarkan nombor telefonku atas nama ibuku. Oleh itu aku akan mendapat panggilan secara percuma pada hari tersebut. Dia terlalu meminta kepada aku supaya menghubungi nya pada tepat jam 12:00 malam dan menyuruhku berjanji supaya menghubunginya. Aku terpaksa berjanji kerana melihat sikap dia yang terlalu beria-ia.
Pada jam 12:00 malam aku sepatutnya menghubunginya tetapi aku tertidur dan terlewat untuk menghubunginya seperti yang dijanjikan. Aku terjaga pada jam 1:00 pagi dan terus menghubunginya namun tidak berangkat. Aku cuba menghubunginya sekali lagi tetapi telefon tersebut seperti dimatikan. Oleh itu aku menghantar sms kepadanya dan memarahinya kerana tindakannya yang mematikan telefon bimbitnya. Aku terus tidak menghubunginya. Namun aku berasa tidak sedap hati keran dia beria.ia sebelum ini. Tetapi aku tidak mempedulikannya.
Aku menerima panggilan telefon daripada kakaknya yang mengatakan bahawa Hakimi sudah pun meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada jam 1:00 pagi tadi. Aku berasa sungguh terkejut sehingga tidak mampu untuk berkata. Baru aku tahu mengapa dia tidak menjawab panggilanku pada malam tersebut. Pada mulanya memang aku tidak percaya. Namun dengan keyakinan yang diberikan oleh abangnya aku mula mengerti.
“Auni, saya ni abang arwah Hakimi. Saya tak tipu. Betul Hakimi dah meninggal. Saya tak akan main-main dalam soal macam ni. Sekarang ni phone arwah ada dengan saya. Sungguh sumpah hakimi dah tak ada. Dah meninggal! Kalu tak percaya cari harian metro 5 november. Ada la berita arwah dalam tu. Saya abang arwah lagi tak percaya”.
Aku berasa sungguh terkilan kerana dia tidak sempat mendengar jawapanku. Sememangnya jawapan aku pasti akan menggembirakannya. Hati aku berasa sungguh hancur sekaliatas kepergiannya. Namun akhirnya aku menerima dan redha atas pemergiannya. Mungkin aku ditakdirkan hadir dalam hidupnya walaupun sementara supaya dapat menemaninya dan menggembirakan hatinya. Dialah seorang sahabat yang tak akan pernah aku lupakan. Kehadirannya telah banyak menghiburkan hati aku. Hanya doa dan air mata yang menjadi saksi keakraban persahabatan singkat kami.
Kata-kata terakhirnya...
“ Tiada apa yang saya harapkan...selain awak menikmati keindahan di dunia ini dan sentiasa
senyum. Bahagia selalu. Tanpa senyuman awak dunia ini tiada serinya tiada keindahannya.
Jadi sentiasa ukirlah senyuman di bibir awak. Jangan biarkan ia sesekali pudar. Ini permintaan
terakhir saya...tolong tunaikan. Saya tak nak awak sesekali merasai kesedihan di dunia ini.
Salam sayang terakhir dariku. Hakimi”.
No comments:
Post a Comment